Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
RM5.7 bilion wang tak dituntut sejak 40 tahun

Sebanyak RM5.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sejak 1977 sehingga 30 Jun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata jumlah itu melibatkan lebih 55 juta rekod akaun seperti akaun simpanan, semasa dan perniagaan.

Wang tidak dituntut itu termasuklah gaji, bonus, komisen, dividen yang tidak dituntut bagi tempoh antara setahun dan tujuh tahun, katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (Parit-BN) mengenai jumlah WTD yang masih berada dalam simpanan Bahagian WTD jabatan itu selaku pemegang amanah.

Othman berkata orang ramai boleh membuat semakan sekiranya mereka mempunyai WTD di 25 kaunter WTD di seluruh negara iaitu 13 kaunter di Semenanjung, Sarawak (tujuh), Sabah (empat) dan satu kaunter baharu akan dibuka di Putrajaya.

Sebagai pemegang amanah, pihak kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang tersebut dan sentiasa memastikan ia selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ia dituntut, katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS