Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Petrol, diesel naik harga
Diterbitkan:  Jul 26, 2017 6:57 PM
Dikemaskini: 1:43 PM

Harga runcit minyak petrol dan diesel naik bermula 12.01 tengah malam ini, bagi tempoh 22 Julai hingga 2 Ogos.

RON95 dan RON97 masing-masing naik 6 sen menjadi RM2.03 seliter dan RM2.28 seliter manakala diesel pula naik 3sen kepada 1.99 seliter.

Bagi minggu sebelum ini iaitu 20 Julai hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM1.97 seliter, RON97 ( RM2.22 seliter) dan diesel (RM1.96 seliter).

Harga jualan runcit petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan berdasarkan kepada kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar AS pada minggu terdahulu.

Lihat Komen
ADS