Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
UCAM teraju program bantu golongan gelandangan
Diterbitkan:  Jul 27, 2017 5:58 AM
Dikemaskini: 10:01 PM

Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dengan kerjasama RISDA akan menerajui program untuk membantu golongan gelandangan di seluruh Malaysia bermula tahun ini.

Sejumlah RM10,000 telah disumbangkan oleh RISDA untuk menjayakan Program Jejak Gelandangan  di lima rumah gelandangan di seluruh Malaysia.

Pengerusi Lembaga Pengarah UCAM, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh berkata pihaknya bertungkus lumus untuk membantu golongan gelandangan di rumah Anjung Singgah dan sekitar Chow Kit dan Pudu.

Katanya, langkah yang diambil dapat membantu golongan tersebut yang memerlukan bantuan tempat tinggal dan sara hidup untuk menjalani kehidupan yang lebih baik apabila mereka mendapat tempat tinggal sendiri.

“Melalui sumbangan yang diberikan RISDA, pihak kami dapat memberi bantuan kelengkapan seperti pek makanan kering dan keperluan kebersihan diri selaras dengan objektif tanggungjawab sosial korporat UCAM”, katanya di majlis pelancaran Program Jejak Gelandangan di Anjung Singgah, Jalan Hang Lekiu di ibunegara semalam.

Mengulas mengenai program tersebut, bantuan tambahan turut diberikan dalam bentuk latihan kemahiran bagi meningkatkan peluang pekerjaan bagi golongan gelandangan.

Dari segi bilangan kes gelandangan, sebanyak 4,000 kes dilaporkan Yayasan Kebajikan Negara dan daripada jumlah tersebut, 2,000 kes dilaporkan di Anjung Singgah Kuala Lumpur.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Rafek Reshidullah; dan Naib Canselor UCAM, Datuk Dr. Faridah Hanam Mohd. Rashid.

- Bernama

Lihat Komen
ADS