Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Jawab dengan betul soalan kos rumah terbuka Aidilfiri PM’

PARLIMEN l Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke tidak berpuas hati apabila soalan bertulis Parlimen yang dikemukakannya mengenai jumlah kos rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dijawab dengan betul.

Dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 25 Julai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said sekadar berkata bahawa kos rumah terbuka Hari Raya di Seri Perdana diletakkan di bawah elaun hiburan perdana menteri dan kos berkenaan adalah "sederhana".

Loke berkata adalah jelas menteri berkenaan telah ‘salah faham’ berhubung soalannya kerana beliau secara khusus meminta butiran terperinci berhubung kos acara tersebut.

"Kami tahu ini adalah kelayakkan (keistimewaan) perdana menteri. Kami tidak mempersoalkannya.

"Tetapi sebagai ahli parlimen, kami berhak untuk mengetahui perbelanjaan itu," katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Loke berkata beliau mengajukan soalan yang sama beberapa tahun lalu dan menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal parlimen ketika itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjawab bahawa kos rumah terbuka di Seri Perdana adalah RM2.88 juta pada tahun 2013.

“Saya ingin tahu sama ada kos meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sama ada kos itu berpatutan," katanya.

Beliau turut mempersoalkan kos "sederhana" yang dimaksudkan oleh Azalina dalam jawapannya.

"RM3 juta mungkin sederhana. RM5 juta mungkin sederhana untuk standard Najib," katanya.

Loke berkata, bahawa kini terdapat trend yang mana setiap soalan mengenai perbelanjaan perdana menteri tidak akan dijawab.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS