Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Budak disyaki rogol budak
Diterbitkan:  Jul 27, 2017 4:46 PM
Dikemaskini: 8:51 AM

Rasa sakit dan kesan merah pada kemaluan seorang budak perempuan selepas pulang dari rumah pengasuh menyebabkan seorang ibu tunggal benar-benar tersentak.

Lebih mengejutkan apabila budak perempuan itu mendakwa kesakitan itu dilakukan anak lelaki pengasuhnya

Dan suspek itu pula baru berusia tujuh tahun.

Portal mStar Online melaporkan mangsa - berusia enam tahun - memberitahu ibunya bahawa "pipit" anak lelaki pengasuh itu yang menyebabkan kesakitan pada kemaluannya.

Memetik kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka SAC Kamaluddin Kassim portal itu melaporkan siasatan teliti akan dijalankan kerana ia membabitkan dua kanak-kanak.

Katanya anak patung turut digunakan polis untuk merakam keterangan suspek dan budak perempuan terbabit.

Menurut Kamaluddin, laporan polis dibuat ibu mangsa pada 20 Julai lalu dan siasatan kini di peringkat akhir.

Difahamkan mangsa ditinggalkan di rumah pengasuh kerana ibunya bekerja.

Suspek didakwa turut memasukkan jarinya ke kemaluan mangsa ketika tiada orang dewasa mengawasi mereka.

Kata Kamaluddin kes itu disiasat mengkut Akta Kesalahan Jenayah Seksual Kanak-kanak 2017.

Mangsa juga dimasukkan ke Hospital Melaka pada hari laporan dibuat untuk pemeriksaan. Difahamkan doktor menemui kesan koyakan pada selaput dara mangsa.

Lihat Komen
ADS