Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Status quo Masjid Al-Aqsa telah dikembalikan

GLOBAL Ulama Islam di Baitulmaqdis pada Khamis mengumumkan umat Islam dibenarkan kembali menunaikan solat di dalam Masjid Al-Aqsa, selepas dua minggu berdepan tekanan angkara Israel yang menutup serta memperkenalkan langkah keselamatan di masjid berkenaan.

Saluran 2 Televisyen Ibrani melaporkan, Mufti Baitulmaqdis dan Waqaf Jordan Mohammed Hussein, memberitahu status quo Masjid Al-Aqsa telah dikembalikan.

Pengumuman itu dibuat, beberapa jam selepas pihak Israel membuka semula alat pengesan logam dan kamera pengawasan yang dipasang di pintu masuk masjid.

Sepanjang dua minggu lepas, ratusan umat Islam solat berjemaah di luar tapak masjid sebagai membantah langkah rejim zionis itu.

Alat pengesan keselamatan yang dipasang ekoran serangan membunuh tiga anggota polis Israel, mencetuskan bantahan besar-besaran.

Tapak masjid berkenaan terletak di Baitulmuqaddis Timur yang ditawan Israel dalam perang 1967 dan sejak itu Israel mula menuntut hak dan mentadbir wilayah berkenaan namun ia tidak pernah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

- Bernama

Lihat Komen
ADS