Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Narathiwat: Enam maut nahas selepas hantar bakal haji
Diterbitkan:  Jul 28, 2017 10:41 AM
Dikemaskini: 2:38 AM

Enam maut dalam kemalangan di Kampung Pohon Jerai, Bachok di daerah Narathiwat petang semalam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anggota keluarga mereka untuk menunaikan ibadah haji.

Menurut jurucakap polis di Narathiwat, dua lelaki dan empat perempuan maut manakala sembilan yang lain termasuk kanak-kanak, cedera dalam kemalangan yang berlaku pada kira-kira jam 5.30 petang itu.

"Kemalangan berkemungkinan berpunca daripada pemandu yang keletihan dan memgantuk sehingga menyebabkan kenderaan pikap terbabit melanggar tiang elektrik," katanya kepada pemberita di Narathiwat.

Menurutnya, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Hatyai selepas menghantar anggota keluarga mereka untuk menunaikan haji.

Jenazah enam yang maut dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bachok, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS