Hari ini hari ulang tahun kelahiran angkasawan negara Datuk Sheikh Muszaphar Shukor.
Beliau bagaimanapun bukan hanya mendapat ucapan hari lahir, tetapi juga tahniah.
Ini kerana hari ini beliau turut mendapat anugerah istimewa apabila dikurniakan dua bayi lelaki kembar kira-kira jam 10 pagi tadi.
“Cuba mendekati di si kembar. Saya terpegun betapa serupanya mereka.
“Saya betul-betul menikmati setiap saat sebagai bapa,” tulisnya di Faceboook dan Instragram.
Beliau turut berkongsi wajah dua anak comel itu yang didukungnya di dalam hospital.
Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr Halina Mohd Yun mendirikan rumah tangga tujuh tahun lalu.
Mereka sebelum ini telah dikurniakan dua anak perempuan, iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha.
