Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
JPN teruskan penasaban anak 'seperti sedia ada'
Diterbitkan:  Jul 28, 2017 5:54 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan meneruskan penasaban anak tidak sah taraf orang Islam seperti “sedia ada”.

“Sebarang pindaan terhadap pelaksanaan hanya akan dipertimbangkan selepas keputusan Mahkamah Persekutuan diperoleh,” kata ketua pengarahnya Datuk Mohd Yazid Ramli dalam kenyataan.

Kenyataan empat perenggan itu bagaimanapun tidak menyebut dengan jelas maksud “sedia ada” itu, atau sama ada jabatan itu akan mengikuti keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan atau tidak.

Bagaimanapun, Mohd Yazid memetik keputusan Mahkamah Tingi sebelum ini.

Katanya, bawah undang-undang Islam, tidak dibenarkan kanak-kanak dibinkan dengan orang yang mengaku sebagai bapa jika lahir kurang daripada enam bulan qamariah daripada tarikh
perkahwinan.

“Oleh itu, tindakan yang dilakukan oleh JPN adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya.

Yazid juga berkata, mengenainya keputusan Mahkamah Rayuan yang berbeza, JPN melalui Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Malaysiakini telah menghubungi Yazid bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan masih menunggu maklum balasnya.

Soalan sama telah dikemukakan kepada pegawai di bahagian perhubungan awam jabatan itu.

Lihat Komen
ADS