Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kanak-kanak terperangkap dalam kereta bapa
Diterbitkan:  Jul 29, 2017 5:54 AM
Dikemaskini: 10:10 PM

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap hampir satu jam di dalam kereta milik bapanya di Parit Haji Nasir di Parit Buntar selepas tertekan punat kunci pintu di dalam kenderaan itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar Ahmad Rossyed Isa berkata, dalam kejadian jam 11.15 pagi, kanak-kanak itu masuk ke dalam kereta Proton Iriz yang enjinnya dihidupkan dan diletakkan di perkarangan rumah dengan
pengetahuan ibu bapanya.

Katanya keluarga kanak-kanak itu berasal dari Kuala Lumpur dan ketika kejadian, ibu bapanya sedang bersiap untuk keluar dari rumah.

"Sejurus menyedari kanak-kanak itu terperangkap, bapanya menghubungi pihak bomba dan sepasukan anggota bomba tiba beberapa minit kemudian di lokasi kejadian," katanya kepada media semalam.

Ahmad Rossyed berkata pada mulanya penduduk setempat cuba membantu membuka pintu kereta itu namun usaha itu gagal.

Menurut beliau, bagi mengelakkan kanak-kanak tersebut panik serta menangis, pihaknya menggunakan peralatan khas dan kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada kereta berkenaan pada pada jam 11.47 pagi tanpa sebarang kecederaan.

- Bernama
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS