Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Tak mungkin Suhakam diberi kuasa penguatkuasaan'

Bekas pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Abu Talib Othman percaya tidak mungkin suruhanjaya itu diberi kuasa penguatkuasaan.

Ini kerana hak asasi manusia, yang sering dianggap sebagai hak individu, mesti seimbang dengan hak-hak masyarakat.

"Pendekatan suruhanjaya hak asasi manusia dan kerajaan tidak bertembung kerana tugas kerajaan adalah untuk melindungi hak rakyat sementara hak asasi manusia adalah hak individu.

"Jika anda memberikan kuasa penguatkuasaan kepada suruhanjaya hak asasi manusia, akan jadi haru biru," kata Abu Talib dalam temu bual dengan Malaysiakini.

Jadi adakah ini bermakna beliau tidak bersetuju dengan kuasa penguatkuasaan diberi kepada Suhakam?

"Saya tidak akan kata begitu. Saya akan katakan bahawa kerajaan harus memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada cadangan Suhakam. Mereka melakukan kerja yang baik, mereka membuat pemerhatian dan cadangan yang tepat," katanya.

Abu Talib, yang berkhidmat sebagai pengerusi Suhakam dari tahun 2002 hingga 2010, merungut bahawa suruhanjaya itu seolah-olah menjadi harimau yang tidak bertaring.

Tanpa kuasa penguatkuasaan, suruhanjaya itu hanya boleh membuat cadangan kepada kerajaan berhubung dengan hak asasi manusia.

[Baca berita penuh]

 

 

Lihat Komen
ADS