Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'BN tewas di S'ngor sebab emosi pengundi bandar'

BN tewas kepada pembangkang di Selangor kerana pengundi bandar "beremosi", kata ketua Umno bahagian Kelana Jaya, Datuk Yusoff Haniff.

Beliau berkata wakil rakyat Umno dan BN telah memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengundi, tetapi penduduk bandar -yang dikatakan terdiri daripada 92 peratus pengundi Selangor - tidak dapat mengatasi emosi mereka.

"Kita di bandar ini kadang kala beremosi sedikit. Orang-orang di bandar kadang-kala mengikut emosi.

"Sebab itu dalam dua pilihan raya yang lalu, bukan kerana wakil BN atau Umno tidak servis (kepada rakyat).

"Kita memberikan perkhidmatan yang baik, servis yang baik, tetapi kerana emosi mengatasi akal fikiran, akhirnya kita kecundang tanpa sebab yang konkrit," kata Yusoff ketika menutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya hari ini.

Beliau berkata BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memperkenalkan pelbagai langkah untuk memperbaiki kehidupan rakyat, seperti menangani jenayah dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Beliau juga mendakwa walaupun kerajaan Selangor yang dipimpin PKR dan kerajaan tempatannya kaya, namun rakyat tidak menikmati kekayaan negeri itu sepenuhnya.

Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya kemudian memberitahu mereka perlu menukar taktik dan mengguna pakai teknologi baru bagi menarik pengundi bandar dan merebut kembali Selangor daripada pembangkang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS