Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DOJ: AGC belum cadang hantar peguam pemerhati
Diterbitkan:  Jul 31, 2017 10:35 AM
Dikemaskini: 2:42 AM

PARLIMEN l Jabatan Peguam Negara (AGC) pada masa ini belum bercadang untuk menghantar pasukan peguam ke Amerika Syarikat sebagai pemerhati dalam prosiding yang difailkan Jabatan Keadilan (DOJ) untuk merampas aset yang berkaitan dengan 1MDB.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan menghormati kedaulatan undang-undang serta kebebasan DOJ untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang yang difikirkan wajar.

"Kerajaan Malaysia juga mengambil maklum bahawa tindakan sivil tersebut kini berada di bidang kuasa mahkamah di Amerika Syarikat dan tiada sebarang pertuduhan jenayah yang telah dikenakan terhadap mana-mana individu, stakat ini untuk kesalahan jenayah, serta tiada sebarang keputusan mahkamah dibuat atas perkara ini," kata Azalina dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 24 Julai.

Beliau menjawab soalan Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) yang meminta perdana menteri menyatakan sama ada Malaysia akan menghantar pasukan peguam ke Amerika Syarikat sebagai pemerhati berkepentingan dalam kes itu.

DOJ sedang berusaha untuk merampas lebih AS$ 1.7 bilion aset yang didakwanya dibeli menggunakan dana yang diselewengkan dari 1MDB.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dan berkata, tidak ada bukti bahawa mana-mana dana 1MDB telah diselewengkan.

1MDB juga menafikan dakwaan oleh DOJ itu.

Lihat Komen
ADS