Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Akta Hasutan tidak sah kerana bukan akta parlimen

Walaupun diguna-pakai secara meluas di Malaysia, Akta Hasutan 1948 adalah "tidak sah" kerana ia bukan akta parlimen, kata peguam Simon Murali pada sebuah forum di Pulau Pinang malam semalam.

Menurut beliau, memandangkan undang-undang itu tidak yang diluluskan oleh Parlimen, maka akta hasutan itu sepatutnya tidak seharusnya menyekat untuk kebebasan bersuara yang menjadi hak rakyat.

"Hakikat sebenar, Akta Hasutan tidak lebih daripada hasil kreativiti Inggeris.

"Ia adalah akta peninggalan zaman penjajah. Ia digunakan semasa zaman huru-hara, era kolonial, selepas Perang Dunia II," katanya dalam satu forum bertajuk 'Membela Kebebasan Bersuara' yang dianjurkan oleh Aliran.

"Ketika itu, suara-suara menuntut kemerdekaan semakin lantang dan sesuatu perlu dilakukan untuk mengekangnya. Jadi, Akta Hasutan dikuatkuasakan."

Walau bagaimanapun, parlimen negara ini hanya ditubuhkan pada tahun 1957, selepas kemerdekaan negara, kata Simon.

Justeru, katanya Akta Hasutan bukan digubal melalui kuasa Parlimen, dan kerana itu ia tidak diluluskan oleh Parlimen, dan bukan di bawah Perkara 10 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah perkara ini, Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa untuk mana-mana undang-undang yang menyekat kebebasan rakyat, mesti digubal oleh Parlimen Malaysia.

Selain daripada Simon, tetamu lain pada forum itu, termasuk Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan, pelukis kartun politik Zunar (Zulkiflee Anwar Ulhaque) dan Setiausaha Aliran Mustafa K Anuar.

Lihat Komen
ADS