Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Terimalah kenyataan Najib juga hebat, kata Zahid

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri juga hebat dan perlu dibanggakan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh demikian, timbalan perdana menteri menyeru semua pihak agar tidak hanya melihat kehebatan kepimpinan terdahulu sahaja.

"Akuilah zaman selepas kita juga hebat," kata Zahid secara berkias tanpa menyebut nama sesiapa secara khusus.

Beliau dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ketika berucap pada majlis perasmian Residensi RAH di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

Zahid berkata masyarakat tidak perlu lagi bernostalgia dengan era kepimpinan Dr Mahathir, malah perlu memandang ke hadapan demi kemajuan Malaysia di masa akan datang.

"Kalau kita ada di persada kekuasaan dan kepimpinan yang lebih dua dekad dan berasakan kehilangan zaman itu terlalu hebat, tetapi jika zaman kita telah berlalu, akuilah bahawa zaman-zaman selepas kita juga hebat.

"Harus diakui tidak ada yang baru, jika tidak ada yang lama. Tidak ada yang lama, maka tidak akan ada yang baru. Yang lama menyayangi yang baru, yang baru menghormati yang lama," katanya.

Zahid juga mempersoalkan niat Mahathir menyertai pembangkang dan cuba menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun.

Mengulas lanjut Zahid berkata jika Dr Mahathir terus bernostalgia beliau akan dianggap tidak lagi relevan.

"Itu sikap yang harus ada dalam Islam, pada orang Malaysia.

“Sepatutnya begitu. Kalau kita bernostalgia dengan keadaan yang lama, dan kita tepis apa yang baru maka dirinya tidak lagi relevan," katanya.

Lihat Komen
ADS