Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Hadi sependapat dengan Kit Siang dalam isu FGV
Diterbitkan:  Jul 31, 2017 5:53 PM
Dikemaskini: 10:00 AM

Walaupun hubungan mereka sering tegang, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang mempunyai kata sepakat dalam itu Felda Global Ventures Bhd (FGV).

Kedua-dua mereka mahu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan dalam isu berkaitan syarikat komersial Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) itu.

Dalam pertanyaan parlimen Selasa lepas, Hadi bertanya kenapa kerajaan tidak menubuhkan RCI, sebulan selepas Lim membuat gesaan sama pada Jun.

Dalam jawapan bertulis yang diperoleh media hari ini, Jabatan di Jabatan Perdana Menteri Datuk Datuk Razali Ibrahim bagaimanapun berkata perkara itu tidak perlu.

Katanya, kerajaan melihat tiada keperluan untuk melantik juruaudit luar atau menubuhkan RCI dalam isu itu.

Gesaan Hadi dan Limi tu dibuat selepas kemelut dalaman FGV baru-baru ini selepas lembaga FGV yang diketuai pengerusinya ketika itu Tan Sri Isa Samad mengarahkan ketua pegawai eksekutif syarikat itu Datuk Zakaria Arshad bercuti.

Zakaria didakwa melanggar peraturan pentadbiran.

Beliau menafikan perkara itu, sebaliknya berkata beliau sebenarnya cuba memberhentikan pelaburan “tidak masuk akal” FGV.

Hadi dan Lim pernah bersekutu dalam gabungan Pakatan Rakyat bersama PKR sebelum ini. Gabungan itu bagaimanapun berpecah selepas perbezaan pendapat berpanjangan dalam pelbagai isu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS