Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tempoh akhir 1MDB bayar IPIC, tengah hari ini
Diterbitkan:  Aug 1, 2017 10:13 AM
Dikemaskini: 3:25 AM

Tempoh akhir bagi firma pelaburan negara 1MDB untuk membayar RM2.58 bilion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) berhubung perjanjian penyelesaiannya luput hari ini.

Bayaran tersebut sepatutnya dibuat pada 31 Julai tengah malam, waktu New York, yang bermaksud 1MDB mempunyai sehingga 12 tengahari di Malaysia hari ini untuk berbuat demikian.

Ini adalah urusniaga luar negara pertama yang penting buat 1MDB, selain dari pelupusan aset, sejak skandalnya bermula pada 2015, dan sejak Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil untuk merampas aset AS$1.7 bilion berkaitan dengan 1MDB.

Pembayaran yang dijadualkan ini adalah yang pertama dari 1MDB kepada IPIC. Urus niaga kedua yang sama perlu dibayar pada 31 Disember tahun ini.

Jumlah yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC adalah AS$1.205 bilion (RM5.16 bilion) sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian.

Perlu dinyatakan bahawa kementerian kewangan, selaku penjamin, perlu menunaikan mana-mana kewajipan 1MDB sekiranya firma itu gagal berbuat demikian.

Ironinya, IPIC pernah membantu 1MDB memenuhi kewajipan hutangnya sejak 2015, dengan firma Abu Dhabi itu memberi pinjaman pada tahun itu untuk membantu syarikat pelaburan negara membayar balik pinjaman berjumlah AS$975 juta dari Deutsche Bank.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, IPIC juga bersetuju membantu membayar faedah bon terbitan 1MDB bernilai AS$3.5 bilion daripada Goldman Sachs.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS