Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk mengadakan inkuiri tempatan berikutan bantahan yang difailkan oleh pengundi di Bandar Tun Razak.

Susulan itu, tiga pengundi menarik balik permohonan semakan kehakiman yang difailkan terhadap keputusan awal SPR untuk tidak mengadakan inkuiri, kata peguam Syahredzan Johan yang mewakili tiga pengundi nerkenaan.

"Memandangkan SPR bersetuju untuk mengadakan inkuiri, kami menarik balik permohonan semakan kehakiman.

“Salah seorang pengundi menerima surat daripada SPR pada 27 Julai untuk memaklumkan keputusan suruhanjaya itu untuk mengadakan inkuiri," katanya kepada pemberita, sambil menambah tiada arahan dibuat berhubung kos.

Beliau sebelum ini memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Kamaludin Md Said mengenai penarikan balik permohonan itu.

Menurut Syahredzan, ini adalah kali ketiga SPR memutuskan untuk mengadakan inkuiri tempatan selepas keputusan awal mereka untuk tidak berbuat demikian dicabar dan dibawa ke mahkamah - dua yang pertama berlaku di Setiawangsa dan satu lagi kes di Segambut.

Mohamad Saiful Mansur, Mohd Khairuddin Asmuin, dan Norma Hashim memfailkan semakan kehakiman untuk memaksa SPR mengadakan inkuiri tempatan selepas mendapat lebih daripada 100 bantahan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS