Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hakim mahu penjelasan berkaitan tataurusan persatuan 1MDB

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mahukan penjelasan lanjut daripada peguam yang mewakili anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan maklumat tataurusan persatuan (memorandum of articles of association) 1MDB.

Pesuruhjaya Kehakiman Faizah Jamaludin mahukan maklumat itu susulan permohonan Najib untuk mengetepikan saman misfeasans penjawat awam dan menetapkan pengurusan kes pada 11 Ogos supaya kedua-dua pihak memberikan maklumat lanjut.

Peguam Najib, Mohd Hafarizam Harun berkata anak guamnya berpendirian bahawa beliau bukan pengarah atau pemegang saham 1MDB, oleh itu tidak dapat memberikan maklumat tataurusan persatuan.

“Mahkamah mahukan kedua-dua pihak meneliti sama ada mereka boleh bekalkan maklumat tataurusan persatuan,” katanya.

“Kami berpendirian Najib bukan seorang pengarah atau pemegang saham 1MDB.

“Beliau tidak berada dalam kedudukan untuk menyerahkan dokumen itu.

“Oleh kerana Pua bergantung kepada Perkara 117 memorandum 1MDB (untuk memulakan saman), beliau harus bekalkannya jika mahu bergantung padanya.”

Lihat Komen
ADS