Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Gagal ramal EU antara sebab dagangan forex rugi'
Diterbitkan:  Aug 3, 2017 2:29 PM
Dikemaskini: 6:33 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerugian Bank Negara dalam urus niaga pertukaran mata wang asing (forex) pada era pentadbirannya berpunca daripada kegagalan melihat kesan Perjanjian Maastricht, yang mendorong kepada pembentukan Kesatuan Eropah dan pengenalan mata wang tunggal.

Bekas perdana menteri berkata Bank Negara memutuskan bahawa sebahagian daripada pengurusan rizab negara, termasuk perdagangan matang wang, dapat mengekalkan jumlah rizab.

“Sudah tentu, dagangan mata wang adalah perniagaan yang sangat menguntungkan. Banyak dana lindung nilai berdagang mata wang.

“Tetapi ia juga ada risiko. Kamu boleh untung dan kamu boleh rugi. Dan itu yang terjadi bila mereka gagal jangkakan keputusan Perjanjian Maastricht.

“Dan mereka kalah dalam pertaruhan. Bagaimana mereka rugi? Saya tidak tahu.

“Saya diberitahu mereka berdagang mata wang tetapi saya tidak dimaklumkan maklumat terperinci,” katanya dalam wawancara bersama The Malaysian Insight.

Perjanjian Maastricht ditandatangani pada 7 Februari 1992.

Mahathir berkata Bank Negara kemudian menyerahkan laporan kepada parlimen berkaitan kerugiannya.

“Itulah sahaja yang kerajaan tahu,” katanya sambil berkata urus niaga mata wang adalah perniagaan yang bergerak pantas dan Bank Negara sendiri bangga dengan kemahiran mereka.

“Mereka buka pejabat di London dan saya diundang buka bilik perdagangan. Tetapi selain itu saya tidak tahu.

“Dan akhirnya mereka rugi wang. Bila rugi, kerajaan putuskan tutup, berhentikan semua urus niaga,” katanya.

Ditanya berapa jumlah kerugian itu, bekas perdana menteri berkata beliau tidak ingat jumlah sebenar tetapi dimaklumkan dalam lingkungan RM10 bilion.

Lihat Komen
ADS