Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zeti: Malaysia berdepan defisit kepimpinan
Diterbitkan:  Aug 3, 2017 4:19 PM
Dikemaskini: 8:28 AM

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz percaya bahawa Malaysia menghadapi defisit kepimpinan dalam sektor awam dan swasta.

"Jika anda lihat seluruh dunia, terdapat banyak perbincangan mengenai kepimpinan di sektor awam [dan] dalam sektor korporat.

"Saya percaya terdapat defisit kepimpinan yang kita bukan sahaja perlukan untuk melahirkan pemimpin baru yang boleh mengurus dalam persekitaran baru ini tetapi (juga untuk) mencipta semula diri mereka.

"Dunia telah berubah terlalu banyak disebabkan perubahan dalam teknologi dan peningkatan (tahap) ketidakpastian yang mencabar; semua perubahan ini menghasilkan pengamatan, penelitian dan jangkaan terhadap kepimpinan.

"Kami mahu pemimpin yang dapat membawa perubahan dan mewujudkan masa depan lebih baik. Pada dasarnya, itulah bagaimana Iclif telah mentakrifkan kepimpinan - dan itu adalah apa yang kami berusaha bangunkan," katanya dalam satu temubual dengan The Edge baru-baru ini.

Zeti ialah pengerusi Iclif yang merupakan sebuah firma latihan kepimpinan antarabangsa berpusat di Asia yang ditubuhkan oleh Bank Negara pada 2003.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS