Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Usahkan king maker, ke parlimen pun belum tentu'

Sayap Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kuantan di bawah pakatan Harapan, akan berusaha memperkukuh sokongan walaupun terpaksa berhadapan dengan PAS pada pilihan raya umum ke-14.

Dalam kenyataan bersama mereka di Kuantan hari ini, Ketua Pemuda PAN Kuantan Mohd Khalil Zaidi, Pemangku Ketua AMK Kuantan Lee Wei Lon dan Ketua Armada Kuantan Mohd Asyraf Muhammad Asri berkata PAS hanya akan menjadi parti kecil dan tidak mampu membentuk kerajaan jika tetap tidak mahu berpakat dengan mereka.

"PAS hanya akan memecah undi jika bertanding bersendirian.

"Mereka (PAS) mahu menjadi king maker, sedangkan jika berlaku tiga penjuru, bukan sahaja king maker, malah suara mereka pun tidak mungkin sampai ke Parlimen,” kata pemimpin Pemuda ketiga-tiga parti itu.

Pada 30 Julai lalu, Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar mengesahkan parti itu akan bertanding tiga kerusi 'panas' di Pahang - Kuantan, Bentong dan Indera Mahkota selain tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kawasan Parlimen Bentong.

Mereka berharap PAS akan menilai semula pendirian parti itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS