Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Annuar: Mudahnya Mahathir bohongi rakyat
Diterbitkan:  Aug 3, 2017 5:49 PM
Dikemaskini: 10:46 AM

Umno berpendapat dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan cubaan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai satu lagi fitnah bekas perdana menteri itu.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata tuduhan dibuat Dr Mahathir itu satu lagi percubaan beliau menanamkan rasa syak wasangka di kalangan anggota Umno.

Kenyataan itu, kata Annuar sama seperti dakwaan Dr Mahathir mengenai kehilangan wang 1MDB yang dilontarkanya ntuk membangkitkan kemarahan anggota parti.

"Alhamdulillah, anggota Umno tetap terus kental dengan istiqamah dan bersatu serta tidak mudah terpesong dengan tipu muslihat Dr Mahathir.

"Apatah lagi kini beliau sendiri mengakui sebenarnya tidak memusuhi DAP yang dulunya diserang habis-habisan sebagai rasis dan anti-Melayu," kata anggota parlimen Ketereh itu hari ini.

Selepas dikaitkan dengan keturunan dari India Dr Mahathir mendakwa Ahmad Zahid pernah bertemu dengannya bagi mendapatkan simpati dan sokongan bagi menggantikan Najib.

"Zahid mesti ingat apabila Zahid jadi timbalan perdana menteri, datang jumpa saya cuba nak dapat simpati saya, sokongan saya.

"Saya kata benar-benar kepada Zahid, kalau pun Najib letak jawatan - yang mana itu tak mungkin - Zahid kena tunggu Umno tentukan siapa yang nak ganti Najib. Belum tentu Zahid ganti Najib," katanya pada 31 Julai lalu.

Kata Annuar anggota Umno diingatkan supaya tidak terperangkap dengan strategi Pakatan Harapan (HARAPAN), yang tidak sudah-sudah mahu mewujudkan keretakan dalam parti.

Menurut Annuar Dr Mahathir tidak berkata benar apabila menuduh bekas timbalan presiden Umno Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak jadi pemimpin parti itu kerana kesalahan moral yang mengaibkan.

Begitu juga tuduhan-tuduhan Dr Mahathir terhadap campur tangan asing yang semua itu ternyata tidak benar.

"Sekiranya begitu mudah Dr Mahathir membohongi rakyat, dulu atau sekarang, tiada ada apa yang dapat menghalangnya daripada terus menghalalkan pembohongan sebagai strategi politik," katanya.

Lihat Komen
ADS