Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki maut dirempuh ketika berteduh bawah jejambat
Diterbitkan:  Aug 3, 2017 6:26 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera parah apabila dirempuh sebuah kereta ketika berteduh daripada hujan di bawah jejambat susur keluar Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 139 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, awal hari ini.

Kejadian pada pukul 6 pagi itu menyebabkan Abdul Fadhil Ab Razak, 29, mati di tempat kejadian manakala R.P Maheswari, 55, cedera di beberapa bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata ketika kejadian hujan lebat menyebabkan dua penunggang motosikal iaitu seorang lelaki dan wanita itu berhenti untuk berteduh di bawah jejambat susur keluar jambatan itu.

"Mereka dikatakan dari arah Seberang Jaya menghala ke kawasan perindustrian Perai. Ketika mereka berteduh di bawah jejambat itu sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusis 67 tahun terbabas dan merempuh mereka,” katanya di Butterworth hari ini.

Beliau berkata pemandu kereta itu bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tidak cedera. Dia ditahan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Mayat Abdul Fadhil dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

- Bernama
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS