Paling Popular
Terkini

Badan Peguam Malaysia membuat keputusan untuk memboikot acara sosial yang disertai oleh Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin.

Anggota Badan Peguam digalakkan untuk menolak undangan acara sosial dari mereka.

Resolusi tersebut merupakan sebahagian daripada usul yang dicadangkan Majlis dan dipersetujui oleh "majoriti besar" dalam mesyuarat agung tergempar (EGM) di Kuala Lumpur hari ini.

"Kami akan terus terlibat dengan kehakiman dalam kesemua hal-hal rasmi," jelas Presiden Majlis Peguam George Varughese dalam sidang akhbar selepas EGM.

Mesyuarat tergempar diadakan susulan perlantikan Md Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan yang disifatkan badan peguam itu sebagai "secara terang-terangan melanggar perlembagaan."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS