Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Rosmah: Kalau boleh bagi bajet, saya bagi lebih pada PERMATA

Penaung program PERMATA Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau berhasrat untuk melihat lebih banyak pusat PERMATA di seluruh negara.

Rosmah turut berkata, beliau ingin melihat lebih banyak program di adakan di bawah PERMATA namun tidak dapat berbuat demikian kerana kekangan bajet.

"Saya pun nak (pusat PERMATA) di seluruh negara. Itu pun kehendak saya. Tapi mengikut bajetlah. Kalau sayalah kan, kalau saya boleh bagi bajet, bukanlah saya nak jadi menteri kewangan, tapi kalaulah saya boleh bagi bajet memang saya bagi lebih bajet pada PERMATA Negara, jadi kita boleh ada Pusat PERMATA di setiap mukim.

"Saya pun dapat banyak permohonan supaya adakan pusat PERMATA Negara tetapi kerana kekangan bajet.

"Apa yang ingin saya nyatakan di sini, apa-apa yang kita buat kita seharusnya sesuai dengan bajet yang diberikan kerajaan pada kita.

"Kalau boleh kita nak buat lebih dari apa kita buat sekarang. Kita sangat bercita-cita tinggi dan saya betul-betul ingin lihat satu hari nanti Malaysia ada doktor dan saintis yang berjaya," katanya semasa menghadiri program Bual Santai: Kenali Anak Pintar Anda di Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan hadirin sama ada PERMATA tiada perancangan untuk meluaskan pusatnya ke seluruh negara serta sama ada PERMATA ingin mengenalpasti bakat istimewa kanak-kanak seawal dua tahun.

Sehubungan itu, Rosmah meminta agar mana-mana pihak tidak memandang program PERMATA sebagai program isteri perdana menteri kerana program berkenaan dijayakan oleh ramai pihak.

"Bila perdana menteri kat Parlimen cakap PERMATA, orang kata 'bini dia punyalah tu'. Ia bukan mengenai saya, tapi doktor-doktor, profesor-profesor ini ialah orang yang bekerja sangat bersungguh-sungguh.

"Kalau misalnya dalam Parlimen tu ada sebut PERMATA, janganlah kita anggap buang duit. Kebanyakan orang belah sana (pembangkang) selalu cakap. Padahal PERMATA ini baik, elok untuk anak-anak kita.

"Kalau anda semua kata 'ya, kami perlukan (bajet)', jadi kita akan yakinkan menteri kewangan, insha Allah. Tapi saya tahu program ini bagus.

"Saya mahu anda semua tahu kita buat yang terbaik untuk anak-anak kita," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS