Paling Popular
Terkini

Pentas debat yang mempertemukan sekali lagi wakil DAP dan MCA menarik perhatian kira-kira 500 orang walaupun ia tidak menampilkan pemimpin tertinggi kedua-dua parti.

Diadakan di Dewan Kampung Seri Mambau, Seremban, semalam ia menyaksikan bekas ketua pemuda DAP Teo Kok Seong berdepan dengan Ketua Biro Undang-undang Pemuda MCA, Ng Kiam Nam.

Kedua-duua mereka dijangka akan diturunkan parti masing-masing untuk bertanding di kerusi parlimen Rasah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sepanjang tempoh dua setengah jam Teo dan Ng saling berbalas hujah dalam sesi debat bertajuk "Dasar Awam Kawasan Rasah".

Antara isu yang disentuh ialah rekod perkhidmatan Teo sebagai anggota parlimen di kawasan berkenaan.

Sebelum ini sesi debat terancang mempertemukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek.

Debat itu berlangsung pada 2012, iaitu tidak lama sebelum PRU ke-13 dilangsungkan.

Antara hujah yang dikemukakan pada sesi semalam ialah mengenai pembabitan Teo sebagai anggota parlimen.

Kata Ng sejak dipilih mewakili Rasah pada 2013 sebanyak 73 rang undang-undang dibahas di parlimen tetapi rekod menunjukkan Teo hanya terbabit dalam tiga daripadanya.

"Sebagai seorang anggota parlimen, Teo gagal melaksanakan tugasnya sebagai penggubal undang-undang," katanya disambut sorakan penyokong MCA.

Ada empat ADUN

Bagaimanapun Teo mempunyai jawaban bagi dakwaan berkenaan.

"Jumlah masa yang saya habiskan berbahas di parlimen adalah jauh lebih banyak berbanding semua tujuh anggota parlimen MCA berbahas di sana," katanya.

Menurut Teo parti pembangkang mengagih-agihkan wakil masing-masing untuk berbahas bagi rang undang-undang yang berbeza.

Katanya, dia juga perlu melaksanakan tugasan di kawasannya.

Untuk rekod sebelum ini Teo pernah terpilih sebagai anggota dewan undangan negeri (ADUN) bagi kawasan Bahau.

"Kalau ada orang telefon untuk mendapatkan bantuan ambulans, saya kena buat. Ini memang pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Namun Ng mempunyai pandangan berbeza.

Kata Ng, Teo tidak dapat membezakan antara tugas seorang ADUN dan anggota parlimen.

Keadaan itu kata Ng menunjukkan Teo bukan seorang wakil rakyat yang berkesan.

"Ada empat wakil rakyat DAP dalam parlimen Rasah. Teo sepatutnya meminta mereka menguruskan hal-hal sebegitu dan dia ada lebih banyak masa menjalankan tugas sebagai anggota parlimen," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS