Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP Afrika Selatan enggan jumpa rombongan Israel

Anggota Parlimen Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) semalam, menolak hasrat delegasi Israel yang ingin mengadakan lawatan ke Afrika Selatan pada bulan ini.

"Delegasi Israel dikatakan merancang mengadakan lawatan ke Parlimen dan ditolak ANC. Jika ia terjadi anggota Parlimen memutuskan tidak akan mengambil bahagian dalam mesyuarat itu," kata jurucakap kaukus parlimen ANC, Nonceba Mhlauli kepada AA.

ANC mempunyai majoriti di parlimen dengan 249 kerusi daripada keseluruhan 400 kerusi.

Mhlauli berkata, beliau tidak pasti sama ada penolakan itu telah disampaikan kepada delegasi Israel atau sebaliknya.

Cucu Nelson Mandela yang juga anggota Parlimen ANC, Mandla Mandela memuji rakan-rakannya di atas tindakan itu.

"Parlimen tetap setia kepada komitmen Nelson Mandela yang menentang tindakan rejim itu terhadap Palestin," kata Mandla dalam satu kenyataan.

Selain itu, beliau menyeru kaukus ANC di Parlimen mendesak kerajaan yang diketuai ANC untuk mengusir duta Israel dan memangil pulang duta besarnya ke Israel serta memutuskan semua hubungan diplomatik.

Kongres Kesatuan Sekerja Afrika Selatan (Cosatu) juga menyambut baik keputusan itu.

"Cosatu bersama pertubuhan perpaduan, badan hak asasi manusia dan pertubuhan lain mengalu-alukan keputusan Parlimen Afrika Selatan menolak permintaan bertemu Israel," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Majoriti rakyat Afrika Selatan menyokong Palestin kerana percaya apa yang berlaku terhadap rakyat Palestin sama seperti apa yang pernah dilalui rakyat Afrika pada era aparteid.

- Bersatu

Lihat Komen
ADS