Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saman Adnan pada Utusan selesai di luar mahkamah

Saman Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap akhbar Utusan Malaysia akhirnya diselesaikan di luar mahkamah selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan mengenainya hari ini.

Kedua-dua pihak merakamkan persetujuan berkenaan di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.

Tiada perintah mengenai kos dikeluarkan.

Ekoran persetujuan itu akhbar milik Umno berkenaan bersetuju menerbitkan kenyataan kesal mereka mereka terhadap sebuah rencana berjudul Hebat sangatkah Adnan? yang tersiar 2014 lalu.

Selain akan menyiarkan kenyataan itu pada halaman kedua akhbar berkenaan esok Utusan juga menawarkan sesi temu bual dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dalam tempoh seminggu dari hari ini.

Dalam kenyataan itu Utusan mengakui Adnan seorang pemimpin yang berjaya menerajui pucuk pimpinan BN di Pahang selama empat penggal berturut-turut.

Antara lain kandungan kenyataan yang dijanjikan itu ialah: "Kami juga menyedari bahawa Adnan berasa amat kecewa dengan penerbitan artkel bertajuk Hebat sangatkah Adnan? yang diterbitkan Mingguan Malaysia pada 9 Nov 2014 yang menjejaskan reputasi beliau.

Tak semua selesai dengan wang

"Kami mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa tiada langsung niat di pihak kami untuk menjejaskan perasaan, kewibawaan dan reputasi (beliau) selaku salah seorang pemimpin Pahang yang dihormati."

Sesi temubual berkenaan akan dikendalikan oleh penyunting kanan Utusan, berkisar mengenai kejayaan Adnan mentadbir Pahang selama empat penggal serta aspirasi beliau untuk negeri berkenaan.

Artikel itu akan diterbitkan Utusan selepas mendapat persetujuan Adnan.

Sementara itu peguam Adnan Americk Sidhu memberitahu media, menteri besar terbabit akhirnya bersetuju dengan penggunaan perkataan "kesal" berbanding "maaf" dalam kenyataan Utusan itu.

"Dalam erti kata lain, ia adalah penyelesaian yang baik, semua orang gembira dan ini yang kita mahu.

"Maruah beliau (Adnan) dipulihkan. Utusan mengembalikan semula intrgriti itu. Bukan semua (kes) saman fitnah mesti berakhir dengan wang," katanya yang menegaskan persetujuan dicapai mereka "lebih baik daripada wang".

Isu penggunaan perkataan "maaf" oleh Utusan dibahaskan semasa kes itu dibicarakan pada minggu lalu.

Utusan mencadangkan kenyataan mereka untuk Adnan menggunakan perkataan "kesal".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS