Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS sambut baik pindaan Akta 164 ditarik balik

PAS hari ini menyambut baik keputusan kerajaan menarik Rang Undang-undang (RUU) Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) yang menghalang penukaran agama satu pihak.

Timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mana-mana rang undang-undang harus dipertimbangkan dari perspektif agama sebelum dibawa ke parlimen.

“Pertama sekali kita menyambut baik penangguhan ini sebab isu (Akta) 164 ini adalah satu isu yang melibatkan polisi, dasar-dasar yang juga bercanggah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, dan saya fikir apa-apa saja akta yang nak bawa ke parlimen mesti diambil kira faktor-faktor hukum supaya dia tidak timbul faktor polimik selepas dibentang.

“Jadi penangguhan ini kami menyambut baikla,” katanya pada sidang akhbar di Ampang hari ini.

Awal hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan Dewan Rakyat bahawa cadangan Seksyen 88A akan dikeluarkan daripada rang undang-undang pindaan itu.

RUU itu disenaraikan pada nombor ke-10 dalam kertas aturan mesyuarat hari ini.

Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada November tahun lalu dan ditangguhkan untuk kali kedua hari ini.

Kali pertama ia ditangguhkan di peringkat bacaan kedua ialah pada 6 April lalu.

Pindaan ke atas akta berkenaan dibuat bagi mengelak amalan penukaran agama anak-anak secara unilateral (persetujuan sebelah pihak).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS