Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Saya sikit pun tak ada kata nak lempang Pemuda Umno’

Exco ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, beliau telah menyerahkan bukti yang menunjukkan dirinya dikasari semasa kekecohan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Julai lalu kepada pihak polis.

Ashraf berkata, sejak 'pergelutan' bersama Pemuda Umno 25 Julai lalu, beliau mengemukakan bukti secara berperingkat.

"Dah bagi bukti secara berperingkat kepada pihak polis sejak kejadian kecoh itu berlaku lagi. Kita ada bagi macam-macam bukti termasuk video yang tunjuk saya dikasari, kepala diketuk, leher dipegang.

"Yang terbaru, saya dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan untuk kali kedua pada Isnin minggu lalu.

"Kita akan tetap memberikan kerjasama pada polis," katanya kepada Malaysiakini.

Julai lalu, kira-kira 30 anggota ARMADA  hadir di PWTC untuk menghantar jemputan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menghadiri program Nothing to Hide 2.0.

Bagaimanapun, keadaan bertukar kecoh apabila mereka dihalang oleh kira-kira 100 orang Pemuda Umno yang menyebabkan berlakunya tolak menolak.

Sementara itu, pada sidang media hari ini, Ashraf mempersoalkan kenyataan Exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifa yang mendawa beliau cuba menamparnya.

Malah, Ashraf turut meminta agar Armand mengemukakan bukti yang menunjukkan beliau ingin menampar Pemuda Umno.

"Lillahitaala, saya sikit pun tak ada kata nak lempang dia dan nak lempang ahli Umno seperti yang didakwa yang ada dalam video (ketika kejadian).

"Kalau betul ada tolong kemukakan bukti," kata Ashraf.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS