Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ROS akhirnya hantar surat pada DAP
Diterbitkan:  Aug 9, 2017 4:08 PM
Dikemaskini: 8:15 AM

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mengarahkan DAP agar mengadakan pemilihan semula, akhirnya menulis surat kepada parti pembangkang itu minggu lalu.

"Mereka minta kami lakukan perkara-perkara tertentu dan mereka minta kami menjawab dengan jawapan tertentu," kata Ketua Biro Perundangan DAP, Gobind Singh Deo ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

"Kami dalam proses menyediakan maklum balas dan akan mengeluarkan surat kepada ROS hari ini," kata Gobind yang menambah tiada masalah bagi parti itu untuk memenuhi permintaan ROS.

Dalam suratnya, beliau berkata, DAP akan menjawab mengenai isu pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC), pelantikan pemerhati dan senarai perwakilan.

Gobind berkata parti itu akan mengeluarkan kenyataan media untuk memperincikan permintaan yang dibuat oleh ROS selepas itu.

DAP mengadakan pemiihan CEC parti itu bagi tempoh 2013-2016 pada 15 Disember 2012.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan mengenai kesahihan pemilihan kepimpinan baru itu kerana kesilapan teknikal, menyebabkan DAP mengadakan pemilihan semula pada 29 September 2013.

Pada 7 Julai, hampir empat tahun selepas pemilihan semula, ROS mengumumkan kepada DAP bahawa pemilihan kali kedua itu juga tidak sah.

ROS mendakwa terdapat perwakilan yang layak tidak dibenarkan mengundi, serta mereka yang tidak layak pula dibenarkan mengundi.

DAP menafikan perkara itu dan mendakwa keputusan ROS berdasarkan "berita palsu" tetapi berkata ia masih akan mengadakan pemilihan semula.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga berkata pihaknya berhasrat menyaman ROS kerana membuat keputusan selepas empat tahun.

Lihat Komen
ADS