Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP PKR mahu Johari jelaskan 'surat sokongan' untuk firma Bangladesh

Seorang anggota parlimen PKR menuntut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjelaskan satu surat sokongan yang didakwa dikeluarkan berhubung operasi pekerja asing Bangladesh.

Anggota Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah mendakwa Johari pada April 2015 menulis surat sokongan kepada jabatan imigresen bagi pihak seorang usahawan Bangladesh yang memohon permit kemasukan.

Bagaimanapun ketika dihubungi, menteri itu berkata beliau tidak mengenali usahawan itu secara peribadi.

"Saya tidak kenal lelaki ini. Sepanjang yang saya tahu, sesiapa saja yang datang ke pusat khidmat saya (Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa) untuk surat sokongan perniagaan yang sah, saya akan sokong.

"Surat itu bertarikh April 2015, saya perlu semak sama ada surat itu dikeluarkan oleh pusat khidmat saya terlebih dahulu," katanya kepada Malaysiakini.

Sivarasa menunjukkan salinan surat itu kepada media bahawa Johari dalam surat berkenaan berkata pengusaha itu adalah pemastautin tetap yang tinggal di Malaysia selama 10 tahun dan mempunyai dua syarikat yang berdaftar di sini.

Menurut surat itu, salah satu syarikat yang dijalankan oleh usahawan berkenaan adalah syarikat khidmat pembersihan dan pengemasan hotel.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS