Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
17.9% ahli lembaga pengarah syarikat PLC dari wanita
Diterbitkan:  Aug 9, 2017 6:23 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Sebanyak 17.9 peratus daripada ahli lembaga pengarah di 100 syarikat senaraian awam (PLC) utama di Bursa Malaysia adalah wanita sehingga 30 Jun tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata jumlah itu menghampiri matlamat 18 peratus sasaran yang ditetapkan kerajaan bagi tahun ini, membabitkan wanita sebagai pembuat keputusan dalam 100 syarikat korporat utama.

Bagaimanapun, katanya, peratusan itu masih rendah untuk mencapai sasaran 30 peratus penempatan wanita sebagai ahli lembaga pengarah dalam keseluruhan PLC menjelang 2020 seperti yang ditetapkan kerajaan pada 2011.

Rohani berkata demikian pada sesi Ramah Mesra bersama Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif/ Ahli Lembaga Pengarah PLC di Bursa Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata kementeriannya akan terus berusaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan industri dan korporat bagi memastikan PLC melantik lebih ramai wanita sebagai ahli lembaga pengarah syarikat.

”Masih terdapat 17 daripada 100 syarikat senaraian awam utama di dapati tidak mempunyai seorang pun wanita sebagai ahli lembaga syarikat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, mana-mana syarikat yang gagal membantu sasaran itu menjelang tahun depan kerajaan akan menamakan PLC yang tidak mempunyai wanita dalam lembaga pengarah seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Selain itu, katanya, KPWKM juga akan memperhebatkan lagi Inisiatif Program Latihan Pengarah Wanita bagi meningkatkan peratusan bilangan wanita sebagai pembuat dasar di sektor korporat.

 

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS