Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Agensi baru kawal sempadan, Zahid jamin tiada kos tambahan

PARLIMEN| Malaysia bakal mendapat Agensi Kawalan Sempadan selepas rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan penubuhan agensi tersebut yang bakal mengawal sempadan darat Malaysia tidak melibatkan sebarang kos tambahan.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017.

Dalam Akta yang dicadangkan itu, para pegawai kawalan sempadan akan diserapkan daripada pihak berkuasa relevan antaranya pasukan polis, kastam, imegresen, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.

Zahid berkata ketua pesuruhjaya agensi baru itu akan diambil daripada pegawai polis berpangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya (SAC).

RUU ini bertujuan untuk memerangi masalah penyeludupan dan kegiatan haram lain di sempadan darat Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS