Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
FBI serbu rumah bekas pengurus kempen Trump
Diterbitkan:  Aug 10, 2017 11:00 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

GLOBAL l Serbuan ke atas rumah bekas pengurus kempen Presiden Donald Trump di Virginia menunjukkan penyiasatan mengenai kemungkinan wujud hubungan antara kempen itu dan Rusia, sedang diperhebatkan dan memberi tumpuan kepada urusan kewangan sekutu Trump, kata sumber yang biasa dengan siasatan itu.

Paul Manafort - seorang perunding dan pelobi politik - sedang disiasat berkaitan kemungkinan berlaku pengubahan wang haram dan telah disasarkan sebagai seseorang yang mungkin memberi keterangan terhadap bekas rakan sekerja, kata dua orang yang biasa dengan tugas Peguam Khas Robert Mueller.

Jurucakap Manafort, Jason Maloni mengesahkan pada hari Rabu bahawa FBI mengeledah salah sebuah rumah Manafort.

"Encik Manafort telah secara konsisten bekerjasama dengan pihak penguatkuasa undang-undang dan siasatan serius lain," kata Maloni dalam satu emel.

Rumah Manafort di Alexandria, berhampiran Washington, diserbu pada awal 26 Julai, lapor Washington Post.

Pada hari sebelumnya, Manafort telah bertemu dengan kakitangan Jawatankuasa Perisikan Senat, lapor Washington Post, yang memetik mereka yang tidak dikenalpasti yang biasa dengan siasatan itu.

Dalam serbuan itu, mereka mencari dokumen cukai dan rekod kewangan untuk Mueller, lapor New York Times, yang memetik orang yang biasa dengan perkara itu.

Pasukan Mueller meneliti rekod kewangan dan hartanah Manafort di New York dan penglibatannya dalam politik Ukraine, kata dua sumber kepada Reuters bulan lepas.

FBI tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen. Joshua Stueve, jurucakap pejabat Mueller, enggan mengesahkan serbuan tersebut.

[Baca berita penuh]

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS