Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Nurul: Gambar dengan 'puteri Sulu' sebenarnya berkumpulan
Diterbitkan:  Aug 10, 2017 7:23 PM
Dikemaskini: 12:51 PM

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata gambarnya dengan Jacel Kiram bukan seperti digambarkan.

Katanya, ia sepatutnya gambar berkumpulan tetapi pengiring 'puteri Sulu' sebaliknya hanya zum masuk pada mereka berdua sahaja.

“Ada lagi orang di kanan dan kiri kami,” kata Nurul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Anggota parlimen Pantai berkata demikian sebagai saksi pertama dalam kes saman fitnahnya terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ismail dan Khalid didakwa menuduhnya sebagai “pengkhianat” dan melalukan “pengkhianatan” selepas bergambar dengan Jacel – anak Jamalulail Kiram yang dikatakan mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, pada 2013.

Nurul juga menjelaskan bahawa gambar itu diambil selepas majlis makan makan yang dihoskan oleh Majlis Hal Ehwal Filipan dan Institut Asia untuk Demokrasi; pejabat datuk bandar Manila dan pejabat naib presiden Filipina pada 9 November 2015.

Menjawab soalan peguam kanan persekutuan Normastura Ayob, Nurul berkata beliau diperkenalkan kali pertama dengan Jacel pada majlis itu sebagai salah seorang yang berminat bertanding sebagai anggota senat negara itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS