Ibrahim Ali: Jangan pilih wakil rakyat berpoligami
Diterbitkan: Aug 11, 2017 7:35 PM | Dikemas kini: Aug 11, 2017 7:36 PM
Rakyat perlu menolak calon wakil rakyat yang berpoligami pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14), kata presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali.
Katanya, kebanyakan wakil rakyat yang berpoligami dilihat lebih banyak tertumpu kepada soal peribadi daripada memikirkan kepentingan rakyat yang telah memilih mereka, lapor Utusan Malaysia.
“Bagi saya soal peribadi calon perlu diambil serius oleh rakyat pada pilihan raya dan bukan hanya melihat kepada lambang atau parti sahaja.
“Nak pilih pemimpin, biarlah mereka yang cakna dan sanggup mengorbankan masa pada rakyat,” beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

