Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bermula esok, Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik khas untuk menyokong perkhidmatan monorelnya yang pada masa ini beroperasi dengan tren dua gerabak sahaja.

Dalam satu kenyataan, Rapid KL berkata perkhidmatan bas itu akan bermula 7 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali pada hujung minggu dan hari cuti umum.

Perkhidmatan bas ulang-alik ini akan melalui sepanjang jajaran monorel dari KL Sentral ke Titiwangsa dengan hentian di semua stesen monorel, pada kekerapan antara 15 dan 20 minit bergantung kepada keadaan trafik, kata Rapid KL.

Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang dari Titiwangsa ke KL Sentral, bas terbabit tidak akan berhenti di Tun Sambanthan dan AirAsia-Bukit Bintang disebabkan jajaran jalan sehala di Brickfields dan Bukit Bintang.

“Kami akan meletakkan pemberitahuan di lokasi-lokasi perhentian bas ini bagi memudahkan pengguna,” kata Rapid KL, menambah sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada staf mereka di pusat perkhidmatan pelanggan.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS