Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Adakah keganasan dituju pada Najib juga, kata MCA
Diterbitkan:  Aug 14, 2017 2:32 PM
Dikemaskini: 6:44 AM

Seorang pemimpin MCA mempersoalkan sekiranya keganasan yang tercetus pada forum Nothing to Hide 2 di Shah Alam semalam, turut mensasarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Memandangkan tuan rumah telah menjemput Perdana Menteri Najib Razak untuk menyertai forum itu, soalan untuk ditanya ialah: 'Adakah keganasan itu dirancang kepada Najib juga?" soal Anggota Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata adalah memalukan apabila forum anjuran pembangkang itu dipenuhi dengan huru-hara dan keganasan yang bukan menjadi kelaziman dalam budaya politik di Malaysia.

Lebih menyedihkan dan memalukan, katanya, ia dilakukan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, memandangkan remaja yang ditahan memakai T-shirt Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), ia juga menimbulkan persoalan sama ada parti itu terlibat secara langsung.

"Jika ya, maka keganasan itu juga ditujukan kepada perdana menteri," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS