Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tiga sekolah rendah melibatkan seramai 444 murid di pedalaman Sarawak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini akibat banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JBNS) berkata sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kebulu, SK Kuala Sigu dan SK Bukit Balai.

“Selain itu, enam sekolah turut terjejas kerana banjir tetapi masih beroperasi hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sekolah tersebut ialah SK Sungai Genaam, SK Bukit Mawang, SK Kuala Binyo, SK Long Bemang, SK Ng Balingiau dan SK Ukong.

“Jumlah keseluruhan murid dari enam sekolah tersebut ialah 435 dan keadaan banjir di sekolah terbabit masih terkawal,”katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS