Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengkritik pihak yang menyelar Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dengan menggelar mereka sebagai pendukung jenayah.

Zahid berkata, pihak yang mengkritik akta berkenaan dilihat sebagai musang berbulu ayam kerana menyamar sebagai pembela hak asasi manusia.

“Mereka (yang) melindungi sindiket-sindiket ini, mereka ini musang berbulu ayam.

“Kononnya perjuangkan hak asasi manusia, tapi di mahkamah pertahankan atau bela penjenayah yang dituduh oleh pihak Jabatan Peguam Negara.

“Poca amat sukar difahami oleh mereka yang (pada) zahirnya nampak melawan jenayah tapi pada amalinya adalah pendikung jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan buku POCA: Nafas baharu banteras jenayah di Putrajaya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS