Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Kira-kira 90 penduduk Kampung Serampang Indah (Gatco), Jempol, Negeri Sembilan hari ini menyerahkan memorandum menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan kerajaan negeri yang berusaha mengatasi kemelut tanah ladang Gatco.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar Sharulfaizal Tahar pada 9.45 pagi dan kumpulan penduduk tersebut bersurai dengan aman 15 minit kemudian.

Mereka diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) KampungSerampang Indah (Gatco) Hamran Mohamad, selain turut hadir Ketua MIC cawangan R. Patiyah.

Hamran berkata beliau mewakili penduduk kampung mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Mohamad dalam menyelesaikan permasalahan berhubung dengan peneroka tanah di kampung tersebut.

"Kami amat menghargai setiap usaha dan pengorbanan menteri besar ke arah penyelesaian isu ini dan kami berjanji akan berdiri teguh dan sentiasa menyokong kepimpinan beliau demi masa depan kami," katanya.

Baru-baru ini, Mohamad dilaporkan berkata kerajaan negeri tidak akan tunduk dengan mana-mana pihak yang cuba menghalang pembangunan tanah ladang Kampung Serampang Indah (Gatco) di Jempol.

Beliau berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya mana-mana pihak didapati cuba menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugas pembangunan projek tanaman semula getah di kawasan berkenaan seperti yang dipersetujui penduduk sebelum ini.
 

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS