Pemandu Grab disekat sementara dalam e-hailing
Diterbitkan: Aug 15, 2017 4:35 PM | Dikemas kini: Aug 15, 2017 4:42 PM
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyekat seorang pemandu Grab daripada operasi e-hailing sementara menunggu hasil siasatan polis berhubung dakwaan pemandu berkenaan telah menyerang seorang penumpang remaja.
Selain menghalangnya daripada beroperasi, sekatan itu juga bertujuan mengelakkan beliau daripada berpindah ke sistem aplikasi e-hailing yang lain demi memastikan keselamatan penumpang sentiasa diutamakan, kata SPAD dalam kenyataan hari ini.
“SPAD tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan jenayah atau salah laku oleh pemandu dan pengendali pengangkutan awam darat.
"Suruhanjaya akan memastikan tindakan segera diambil bagi membasmi salah laku itu,” katanya.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.