Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan: K’jaan AS kembalikan tugas CFO Red Granite
Diterbitkan:  Aug 15, 2017 6:28 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

Kerajaan Amerika Syarikat bersetuju menamakan Ketua Pegawai Kewangan Red Granite Pictures sebagai ‘fidusiari bebas' bagi mengawal selia firma itu, menurut satu laporan.

Keputusan untuk meletakkan Randal Hermann bertanggungjawab ke atas operasi dan kewangan firma itu, dibuat menerusi pemfailan mahkamah pada hujung minggu lalu, kata Variety.

Ia melaporkan, Red Granite dan pendakwa raya bersetuju bahawa Hermann akan menjadi orang tengah perbincangan penyelesaian yang masih berterusan dan membantu operasi Red Granite.

Majalah hiburan itu memetik seorang bekas pendakwa raya dan pakar pelucuthakan aset Lucas Rowe sebagai berkata "sangat tidak wajar meninggalkan seorang eksekutif sebuah firma yang diselubungi penipuan bertanggungjawab sebagai fidusiari"

Red Granite menjadi subjek saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang didakwa diselewengkan melalui dana 1MDB.

DOJ merancang untuk merampas keuntungan Red Granite yang dibuat melalui filem Wolf of Wall Street dan filem-filem lain, yang didakwa dibiayai dengan menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB.

Red Granite menafikan mempunyai maklumat bahawa firma itu menerima dana 1MDB.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS