Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Belum ada keputusan bekukan aset Isa
Diterbitkan:  Aug 16, 2017 12:54 PM
Dikemaskini: 4:57 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengumpulkan maklumat sama ada akan membekukan atau tidak aset milik bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, pihaknya sedang menunggu maklumat daripada pegawai-pegawai penyiasat sebelum mengambil tindakan lanjut, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata, sejak sebulan isu pembelian dua buah hotel di London dan Kuching oleh Felda Investment Corporation (FIC) disiasat, lebih 40 keterangan pelbagai pihak telah dirakam.

“Saya tidak kata beliau (Mohd. Isa) ambil duit... jangan buat sebarang spekulasi kerana siasatan sedang dijalankan.

“Kita mungkin akan memanggil beberapa individu lagi untuk mengambil kenyataan,” beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani ikrar bebas rasuah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan exco kerajaan negeri di di Kompleks Kota Darulnaim.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Lihat Komen
ADS