Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zambry: Berwaspada sindiket jual tanah teroka haram
Diterbitkan:  Aug 17, 2017 6:39 AM
Dikemaskini: 10:41 PM

Orang ramai diminta berwaspada dan tidak terpedaya dengan sindiket atau individu yang meneroka secara haram tanah kerajaan negeri Perak sebelum menjualnya secara pecahan lot pada harga agak murah.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pihaknya mengesan adanya penjualan beberapa tanah di seluruh negeri ini selepas menerima permohonan pemberian hak milik ke atas tanah tersebut daripada mangsa.

Beliau berakta ada pesara awam yang turut membeli tanah itu setelah menyangka ia dijual secara sah​​​.

"Selepas itu, mereka membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk memiliki tanah itu dengan menyertakan surat akuan bersumpah pembelian tanah itu daripada orang yang dikatakan memiliki tanah berkenaan,”katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Ipoh semalam.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai perlulah menyemak terlebih dahulu dengan pihak kerajaan negeri sebelum membeli tanah.


"Mereka ini tertipu dengan harga yang begitu murah iaitu di antara RM5,000, RM10,000, untuk memiliki tanah seluas tiga, lima dan 10 ekar yang ditawarkan sindiket atau individu tersebut,” katanya.

Zambry berkata pihaknya telah meminta Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Derah dan Tanah untuk membuat semakan semula terhadap semua kawasan termasuk kawasan yang telah membuat permohonan berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS