Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Tiada kerajaan yang sempurna di dunia ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Justeru, katanya, walaupun mungkin melakukan kesalahan, kerajaan bersedia untuk belajar daripada kesilapan.

"Tiada kerajaan yang sempurna di dunia ini. Kita semua tidak sempurna. Kita cuma manusia bukan tuhan.

"Apapun kesilapan yang kami dah lakukan, kami boleh perbaiki kesilapan itu. Kita percaya adanya kesilapan kerana kita belajar daripada sejarah.

"Dan kita tidak akan mengulangi balik kesilapan yang telah dilakukan," katanya semasa berucap melancarkan projek pembangunan The Park 2, di Bukit Jalil hari ini.

Sebelum itu, beliau yang berucap di hadapan pihak pengurusan Malton Berhad dan Pavillion Kuala Lumpur- pemaju The Park 2- berkata, kerajaan mengambil berat hal ehwal rakyatnya.

Ini, katanya lagi, tergambar melalui pelbagai usaha, antaranya projek Transit Aliran Massa (MRT) serta menangani isu keselamatan yang menjadi keutamaan.

"Kerajaan yang ada ini menyediakan keselamatan untuk kita semua dan kita patut berterima kasih kepada kerajaan ini kerana menjaga rakyatnya dan sentiasa mendengar.

"Ini adalah kerajaan sekarang. Ini apa yang difikirkan oleh perdana menteri. Kami mahu mendengar apa yang rakyat mahu dan kami akan cuba beri yang terbaik untuk rakyat.

"Jadi kita sekarang mempunyai kerajaan yang sangat bertanggungjawab dan saya harap kita semua sedar bahawa tiada kerajaan yang begitu bertanggungjawab seperti kami dan kami akan pastikan, kita semua akan maju ke hadapan bersama.

"Malaysia hanya boleh maju ke hadapan sekiranya kita semua bersatu," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS