Malaysiakini BERITA

Lim kekal pendirian agar RCI ditubuh siasat Memali

Annabelle Lee

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang kekal dengan pendiriannya agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk bagi membongkar tragedi Memali pada tahun 1985.

"Ya memang. Saya kekal dengan pendirian saya untuk (ditubuhkan) RCI Memali, seperti semua gesaan saya terhadap RCI (mengenai perkara lain) pada masa lalu," kata anggota parlimen Gelang Patah itu kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Pada tahun 1985, polis cuba menahan seorang pemimpin PAS, Ibrahim Libya di Kampung Memali di Baling Kedah atas dakwaan menyebarkan ajaran sesat.

Kejadian itu menyebabkan pentempuran antara pihak berkuasa itu dan penduduk kampung.

Seramai 18 orang yang terdiri daripada 13 penduduk kampung dan empat pegawai polis terkorban dalam kejadian itu.

Hanya sedikit maklumat yang diketahui mengenai konflik dalam peristiwa berdarah berkenaan.

Pada tahun 2014, Lim menerbitkan artikel dalam lidah rasmi DAP, Roketkini menyatakan RCI berkenaan perlu bagi menentukan secara terpeinci apa yang berlaku pada tarikh kejadian.

Gesaan itu dibuat selepas bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad mengesahkan beliau berada di dalam negara ketika tragedi itu berlaku.

[Baca berita penuh]