Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib: Belakang saya sangat kuat, lutut pun boleh berlari
Diterbitkan:  Aug 17, 2017 5:17 PM
Dikemaskini: 9:19 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak cakap-cakap kononnya beliau tidak dapat duduk bersila dalam satu majlis di Permatang Pauh, Pulau Pinang, pagi ini.

Malah, kata perdana menteri berusia 64 tahun itu, beliau cukup kuat untuk berlawan.

"Saya boleh duduk bersila. Saya tak sakit belakang. Belakang saya sangat kuat. Lutut pun boleh berlari.

“Siapa nak lawan mai (mari), saya tak takut. Lawan tetap lawan," katanya ketika menghadiri majlis Kenduri Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai, di Bukit Mertajam.

Terdahulu, Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said mendedahkan bahawa sebelum majlis itu, ada yang meluahkan kebimbangan sama ada Najib boleh duduk bersila kerana dia mungkin mengalami sakit belakang.

"Apabila saya tanya mereka, siapa yang beritahu (Najib mempunyai sakit belakang), mereka kata hanya tertanya-tanya jika adalah sukar bagi Najib untuk bersila.

“Saya beritahu mereka, program itu akan diteruskan seperti dirancang. Tetapi jika benar (Najib mengalami sakit belakang), kami tidak akan melakukannya," katanya.

Pada majlis itu, perdana menteri menyertai lebih 20,000 hadirin mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai acara paling ramai makan secara bersila dan makan secara berhidang mengikut adat tradisional masyarakat Melayu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS